Chedet’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

25 petua dan tips nak bagi anak pandai April 15, 2009

Filed under: Uncategorized — chedet @ 4:31 am


1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu
dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris
seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik satu  Parent One Language. Maknanya sorang kenalah
cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua  bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban
sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku  dan lain-lain.
sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan
gambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir
dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa
Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami  atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang-sorang  . Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa
atau mertua anda untuk sama-sama  membantu. Kadang-kadang  mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber  yang telah anda bayar.  Pilih rancangan-rancangan  di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame
Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¡KKalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka
bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik  pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia
orang  boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. lepas tu  tearngkanlah kepada mereka dan kemudian  anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan
kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula  saja v  dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka
menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang  kita ni tak sempurna. atau  kadang-kadang  benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni suapaya  ada imej atau gambar. Senang sahaja  nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang
bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam
yang di gunakan setengah orang.  Ini boleh membantu anda ¡¥berfikir¡¦ bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat  yang sesuai seperti
letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat
apa yang perlu disebut.

 

Blues trengganu kite……..

Filed under: Uncategorized — chedet @ 4:13 am

Apa sudah jadi dengan Sidang Dewan undangan negeri Terengganu, nampaknye Derih & geng cuba menderhaka pada Sultan dan DYMM agong.

Kalau Dato Seri Nizar mengadap Sultan dan pohon sembah derhaka dikatakan menderhaka, maka molek sangatlah Derih & geng bolehlah dikatakan pengkhianat angkara wang ehsan, hamlau-hamlau ini sanggup menderhaka pada titah Sultan hingga sanggup memulaukan sidang yang diperkenankan pemangku sultan.
Hmmm…indah khabar dari rupa, di Perak dikatakan menderhaka tapi di terengganu apa cerita, media arus perdana ibarat tak tahu dan tak nampak dengan apa yang sedang berlaku di Terengganu. Tatkala Pakatan Rakyat dikatakan menderhaka, Umno BN lebih teruk lagi, inilah jadi kalau dah wang dan kuasa menjadi tuhan.
Ceritera Hikayat Mat Said VS Derih baru saja bermula…nampaknye gelombang biru yang diwar-warkan akan memakan diri sendiri. Siapa yang akan lemas dalam gelombang biru itu? sama-samalah kita nantikan kesudahannya….

 

Apa Beza UMNO dengan Semut Oktober 20, 2008

Filed under: Uncategorized — chedet @ 1:56 am

 ASSALAMUALAIKUM, Boleh dan bersetujukah anda, sekiranya disamakan UMNO dengan semut? Untuk membuatkan anda terpaksa berfikir, renungilah fakta yang diberi walaupun fakta tentang semut tidak begitu tepat..

“Memang menjadi habitat semut, dimana ada gula disitulah dia akan berkumpul, hanya terdapat seekor yang amat berkuasa dalam sekumpulan semut, menurut arahan tanpa bantahan memang sifat semut, perjalanan semut untuk kemana-mana telah ditetapkan, pendek kata mereka hanya boleh bekerja untuk ketua “.

Setelah kita tahu serba sedikit tentang semut,kita berkenalan pula dengan jenis-jenis semut..

1. Semut Bontot Besag- ini ialah pemerintah bagi segala semut,jika melawan akibatnya makan bontot lah. Tugas kumpulan ini kini dipegang oleh pemimpin tertinggi UMNO yang akan mengarahkan semut-semut lain untuk “bekerja untuk mereka”.

2. Semut Merah – Koloni semut yang paling berkuasa walaupun nampak lemah tapi zahirnya mereka lebih kuat dari lain-lain semut. Wanita UMNO dan Puterinya mewakili Koloni semut ini,sebab itulah kita dapat lihat sekarang kumpulan semut merah sudah berani baling kerusi,tendang guru selain memaki hamun sambil diperhatikan oleh semut kecik.

3. Semut putih-Dulu Koloni semut  ini kurang ditemui dan hanya terdapat dibeberapa kawasan tertentu,tapi sekarang didapati makin bertambah dan bakal menjadi kelompok yang besar. Inilah Koloni semut  yang akan memakan semua semut-semut UMNO.

4. Semut Hitam- Sebelum berlakunya perubahan kepimpinan,Koloni  semut ini begitu setia dengan kumpulan asal mereka,tapi jumlahnya makin lama makin berkurangan dan didapati telah bersama-sama dengan semut putih.Faham sendirilah siapa mereka dari kumpulan semut hitam.

5. Semut bukan semut. Selain semut merah,Koloni semut ini juga amat marabahaya,gigitan dan pancutan airnya boleh melemahkan musuh. Kenapa dikatakan bukan semut? Mereka kumpulan Kerengge yang tetap tidak akan disebut sebagai semut,Kumpulan ini pastilah para pencacai dan pembodek UMNO yang menggunakan harta kebendaan seperti duit untuk mengajak semut-semut menyertai mereka.

6. Semut Api. Sebagai faktor keselamatan Koloni semut, Koloni ini diarahkan untuk menjaga hal ehwal keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam UMNO semut kumpulan ini bukan hanya diwakili oleh Polis dan Tentera,meliputi juga Badan kehakiman,Media Massa dan kaki lutut dibawahnya.

7. Semut Tonggek – Walaupun Koloni semut tonggek kurang bahaya dari semut merah,tapi ketonggekan mereka boleh menyebabkan semut putih yang kureng bakal tersungkur. Kumpulan semut ini diwakili oleh BPR yang telah menggunakan seekor semut tonggek untuk memusnahkan lawan seperti yang berlaku pada semut  Zul Hassan.

8. Raja Semut. Disebabkan terlalu lemah,raja semut terpaksa diletakkan kedudukannya ditangga ke 8 kerana sesuai dengan dirinya yang bakal disingkirkan. Peringatan bagi yang bercita-cita menjadi semut,kurangkan tidur,banyakkan kerja.

9. Ratu Semut. Jika diperhatikan dengan tekanan dan keadaan semasa kepada bakal raja semut,kedudukan ratu semut masih belum dapat dipastikan lagi disokong pula oleh habitat bakal ratu semut ini yang kuat melaram sambil memakai jam.

10. Semut kaki panjang. Koloni semut ini dipimpin oleh ayah dan anak untuk merampas kedudukan sebagai bakal ketua semut. Sokongan yang diterima banyak dipengaruhi oleh bapanya, ini menunjukkan kepada kita kelompok semut ini lebih pentingkan bapa dari mertua.

11. Semut Mata kecik.Dahulu koloni semut mata kecik tidaklah begitu menonjol,koloni ini lebih mengikut sahaja arahan sama seperti semut hitam,tetapi semenjak dua menjak ini,Koloni semut yang tidak boleh susah dan mahu kaya ini mula mintak bukan-bukan dari semut bontot besag.

Masih tidak yakin?..tidak mengapa,kita lihat pula carta organisasi Koloni semut berdasarkan pada fakta dari Harun Yahya- Menjelajah Dunia Semut.

Bayangkan sarang semut.

1. Bermula dari peringkat atas sarang hingga ke bawah sarang.

Sistem pertahanan udara disini, dijaga oleh semut parajurit yang akan mempertahankan sarang mereka dari diceroboh atau dimusnahkan oleh musuh. Inilah yang dilakukan oleh ahli UMNO untuk mempertahankan parti mereka walaupun nyawa terancam dan biarpun menjadi miskin.

Diperingkat ini juga terdapatnya Rumah Kaca tempat penyimpanan dan pengumpulan  bahan makanan  semut. Bagi UMNO pula disinilah terletaknya tabung kewangan yang akan mereka gunakan untuk meraih sokongan.

Pintu masuk dan pintu samping dikawal oleh tentera semut untuk mengelak dari dimasuki musuh. Untuk UMNO, dibahagian ini dikawal oleh media Prima serta badan perundangan .

Ruang penjaga ditempatkan semut-semut dari keturunan Polis yang akan bertindak jika perlu. Diperingkat ini juga diletakkan sekumpulan semut yang akan bertindak sekiranya terdapat ahli semut  cuba melawan,bagi UMNO sudah tentulah tugas ini disandang oleh Lembaga Disiplin.

Perawatan Larva  bagi UMNO pula ialah golongan-golongan muda di IPTA dan IPTS yang dididik dan digunakan untuk menjadi seperti mereka.

Didalam sarang semut juga terdapat sekumpulan semut perawat,jika UMNO kita andaikan Badan Penerangan yang akan merawat mana-mana ahli yang sakit .

Ruang Bangsawan diletakkan ditempat paling bawah untuk keselamatan sarang semut. Diperingkat inilah sebenarnya kedudukan pemimpin tertinggi UMNO berada, ini pastilah terbalik dan berbeza dengan struktur pemerintahan mereka dari atas kebawah.

Wassalam.”

 

Lagi satu post September 24, 2007

Filed under: Uncategorized — chedet @ 1:39 pm

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket” mce_src=”Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket” alt=”” border=”” hspace=”” vspace=”” width=”375″ height=”350″ align=”” />

 

CUBA- CUBA

Filed under: Uncategorized — chedet @ 1:33 pm

Alhamdullillah  hari ini 13 Ramadhan 1428 hijriah.. Blogspot ini berjaya aku nukilkan walau dalam kekalutan dan kebutaan IT.Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket” mce_src=”Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket” alt=”” border=”” hspace=”” vspace=”” width=”150″ height=”150″ align=”middle” /> 

 

Hello world!

Filed under: Uncategorized — chedet @ 1:19 pm

SELAMAT DATANG ….

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.